
akim wat perangaiii....!!
Sejak kebelakangan ini, Thailand memang cukup gah dengan filem-filem yang bergenre seram dan kebanyakan filem-filem seram yang dihasilkan ini pula pasti membuatkan penonton berasa seram sejuk.
Namun, kehadiran filem animasi Jumbo Gajah Biru II mampu mengubah persepsi tersebut kerana ia bukan saja menghiburkan malah meninggalkan kesan yang cukup mendalam dari sudut mesejnya terutama dalam soal menghormati hubungan kekeluargaan. Lebih menarik, penonton dapat melihat bagaimana keserasian suara Akim dan Mila yang menjadi pasangan suami isteri dalam filem ini.
Ulasan Penuh
JGB mengisahkan seekor gajah biru bernama Jumbo (Akim) yang menjadi ketua angkatan perang Ayutthaya dan mempunyai isteri Luna-Gajah Merah Jambu (Mila).
Akibat terlalu komited terhadap kerjaya sebagai kapten perang, Jumbo mengguris hari Luna yang merajuk disebabkan Jumbo berubah perilaku serta tidak mengetahui Luna sudah mengandung.
Walaupun Jumbo dan berjanji tapi janji tersebut lenyap selepas dia dalam situasi bekerja. Oleh itu, Luna membawa diri ke Ban Hin Kao dan bertekad meninggalkan Jumbo kerana mahu melahirkan anaknya itu.
Perginya Luna ditemani seekor burung yang kecoh (Chiku) dan ibu Jumbo yang menjadi teman Luna.
Walaupun Jumbo dan Luna sudah berpisah selama 2 tahun, Jumbo tetap mengetahui bahawa dia mempunyai sepasang anak kembar (Barron dan Leah) melalui perutusan lukisan yang dihantar Chiku. Malah, Jumbo begitu teruja setiap kali mendengar berita dari Chiku.
Satu hari, Ban Hin Kao diserang pengganas dan telah meragut nyawa ibu Jumbo dan menculik Luna dan anaknya.
Berita sedih itu membuatkan Jumbo mengamuk dan terpaksa melepaskan tugasnya yang boleh mengakibatkan Jumbo dihukum mati. Jumbo tambah berang selepas mendengar Barron dan Leah bakal dijadikan korban musuh Ayutthaya.
Oleh itu, Jumbo berjanji tidak mahu melalaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
Pada babak inilah muncul klimaks yang mana penonton dapat melihat perjuangan Jumbo yang cuba menyelamatkan anak-anaknya yang mempunyai karakter semirip Upin dan Ipin.
Lebih menyedihkan, Barron dan Leah tidak mahu mengaku Jumbo adalah bapa kandungnya..
ay0y0y0.....apew nie!!!!!!jgew ati gay.....eeeuuu....ad0yai...apew nk jadik nie...aq hrp nie cumew g0sip bkn bt0l2....grrr....akim bkn mcm k0runk sangkew...akim tu baik tp kekadang mngatal gak...hikhikhikhik....


0 comments:
Post a Comment